• Pengganti Installous pula dimatikan

    Bagi mereka yang gemar memuat turun aplikasi cetak rompak (piracy) di dalam iPhone mahupun iPad, anda pasti akan mengenali sebuah aplikasi yang terdapat di dalam Cydia iaitu Installous. Beberapa minggu yang lalu aplikasi Installous ini telah pun ditamatkan perkhidmatannya namun ia digantikan oleh beberapa aplikasi baru seperti Kuaiyong dan Zeusmos. Menariknya kedua-dua aplikasi ini membenarkan anda memuat turun aplikasi berbayar secara percuma tanpa perlu melakukan jailbreak ke atas peranti iOS anda.

    Namun, belum sempat kedua-dua aplikasi ini menjadi popular, telah dikhabarkan Kuaiyong dan Zeusmos pula telah dimatikan. Buat masa ini kami tidak mendapat sebarang informasi mengapa kedua-duanya telah dimatikan. Berkemungkinan besar Apple kini sedang sibuk membuat pemeriksaan dan membersihkan aplikasi-aplikasi sebegini. Ternyata Apple bersungguh-sungguh dalam memerangi gejala cetak rompak yang melanda sistem operasi mereka.

    Sumber informasi : GSMArena

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain