• Perisian perosak Red October mencuri rahsia kerajaan dan industri

    Pihak Kapersky Labs baru-baru ini telah melaporkan sebuah perisian perosak bernama "Red October" telah giat mencuri rahsia kerajaan dan industri di seluruh dunia selama 5 tahun kebelakangan ini. "Red October" yang juga dikenali sebagai Rocra telah mennyalurkan pelbagai informasi rahsia dan risikan geopilitik melalui cara eksploitasi pada Microsoft Word dan Excel untuk mendapatkan akses kepada sistem pengguna. Pada suatu temubual yang dibuat bersama The New York Times, pihak Kapersky telah mengumumkan sebanyak 300 buah komputer telah dijangkiti dengan perisian perosak ini yang telah diketahui mereka.

    Bahagian utama perisian perosak ini mampu memuat turun modul tambahan yang membenarkan ia membuat apa sahaja termasuklah mendapatkan data daripada iPhone yang sudah disambungkan ke komputer, fail yang terdapat di dalam USB (termasuk yang sudah dibuang) dan emel Outlook yang disimpan di dalam komputer. Kapersky mendakwa Rocra dijaga oleh sebuah rangkaian yang memiliki 60 command dan pelayan kawalan (control server).

    Menurut laporan Kapersky Labs juga, Malaysia tidak termasuk di dalam senarai negara yang telah diserang secara digital buat masa ini. Mereka masih lagi membuat penyiasatan tentang perisian perosak Rocra ini dan akan terus memberikan kemaskini terkini kepada para pengguna.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain