• Playstation 4 bakal didatangkan dengan pengawal skrin sentuh

    Berita terkini yang kami terima untuk Playstation 4 adalah ia mungkin akan dilancarkan pada bulan Mei dan bukannya di bulan Mac seperti yang kami tulis di dalam artikel sebelum ini. Selain daripada itu, menurut sumber daripada CVG, Sony dikatakan sedang mencuba untuk menggantikan pengawal (controller) DualShock yang digemari ramai kepada pengawal skrin sentuh. Pengawal untuk Playstation 4 ini dikatakan akan menyerupai pengawal yang terdapat pada Wii U dengan sensor biometrik pada pemegangnya di samping skrin boleh sentuh LCD. Ada juga yang mengandaikan bahawa pengawal terbaru ini bakal menyerupai PS Vita yang sedia ada.

    Walau bagaimanapun, adalah amat penting untuk Sony terus memberikan sokongan ke atas pengawal DualShock untuk Playstation 4. Mungkin tidak ramai yang akan menyukai pengawal terbaru ini buat kali pertama. Apa yang pasti, kita hanya mampu menunggu kedatangan bulan May untuk melihat sendiri Playstation terbaru ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain