• Playstation 4 dan Xbox 720 seawal bulan Mac

    Pencipta permainan konsol popular, Sony dan Microsoft dikatakan bakal memperkenalkan peneraju terbaru konsol keluaran mereka pada tahun ini. Khabar angin mengatakan Sony Playstation 4 (PS4) dan Xbox 720 akan muncul seawal bulan Mac ini. Berita ini sudah tentu membuatkan para pemain permainan konsol teruja.
    Pada mulanya, beberapa pihak berpendapat kedua-dua syarikat ini akan melancarkan konsol mereka pada majlis permainan terbesar, E3, namun majalah Game Informer mengatakan kemungkinan besar Sony dan Microsoft akan mengadakan majlis pelancaran mereka secara berasingan.

    Nampaknya perang konsol antara Sony dan Microsoft akan berterusan apabila PS4 dan Xbox 720 dikeluarkan. Malah Sony telah bertekad untuk terus mendominasi dunia permainan konsol tanpa memberi sebarang peluang kepada Microsoft untuk mara ke hadapan. Persoalannya apakah teknologi terbaru yang akan diintegrasikan bersama dalam konsol-konsol ini? Sama-sama kita nantikan.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain