• Samsung Chromebox kini tidak menyerupai Mac Mini

    Samsung telah mengubahsuai rupa bentuk Chromebox mereka supaya ia tidak kelihatan seperti Mac Mini daripada Apple. Perubahan ini sememangnya amat penting bagi membezakan Samsung daripada Apple malah menyelamatkan diri mereka daripada disaman. Masih mengekalkan bentuk empat segi, ia kini bertukar kepada warna putih perak di samping mempunyai penutup untuk slot USB agar tampak kemas. Samsung tidak membuat sebarang perubahan pada spesifikasi Chromebox dengan mengekalkan cip pemprosesan 1.9GHz Celeron B940, memori 4GB, serta ruang storan 16GB.

    Chromebox sebenarnya merupakan sebuah komputer yang beroperasi sepenuhnya dengan Internet. Tiada ruang storan dalaman yang besar diperlukan kerana ia membawakan integrasi bersama storan awan, Google Drive. Ia menggunakan sistem operasi Chrome OS dan bukannya Android seperti yang digembar-gemburkan. Anda boleh memuat turun aplikasi ke dalam Chrome OS melalui Chrome Web Store seperti yang terdapat di dalam pelayar Internet, Google Chrome.

    Samsung Chromebox versi terdahulu
    Samsung Chromebox versi terdahulu
     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain