• Samsung disahkan akan melancarkan Galaxy Note bersaiz 8 inci

    Ramai yang berharap Samsung akan mengeluarkan ahli keluarga terbaru untuk Galaxy Note pada CES 2013 yang lalu, namun tiada sebarang pengumuman telah dibuat ketika itu. Kini, berita yang dinantikan telah pun tiba apabila JK Shin, ketua Samsung Mobile mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan Samsung Galaxy Note yang berukuran 8 inci pada MWC kelak. Sebelum ini, beliau juga pernah mengesahkan kemunculan Galaxy S3 mini sebelum tarikh pelancarannya. Ini bermakna berita yang diterima boleh dipercayai buat masa ini.

    Samsung Galaxy Note 8 berkemungkinan akan didatangkan dengan cip pemprosesan empat teras Exynos 1.6GHz, 2GB RAM dan resolusi skrin 1280x800 piksel. Tidak banyak yang kita tahu mengenai spesifikasi peranti terbaru Samsung ini dan kita hanya boleh terus menunggu kedatangan MWC yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Februari bertempat di Barcelona.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain