• Samsung Galaxy S2 Plus dilancarkan

    Ia bukanlah suatu kejutan apabila Samsung memperkenalkan Galaxy S2 Plus kepada umum kerana kita sudah menerima banyak khabar angin berkenaan kedatangan telefon pintar ini di ruang Internet sejak tahun lepas. Samsung Galaxy S2 Plus merupakan penaiktarafan daripada Galaxy S2 yang sedia ada dengan dijanakan oleh cip pemprosesan dwi teras 1.2GHz dan 1GB RAM.

    Ia menggunakan paparan Super AMOLED Plus, 4.3 inci WVGA (800 x 480). Seperti yang telah dijangkakan, ia beroperasi dengan sistem Android JellyBean 4.1.2 dan boleh dikemaskini kepada versi 4.2 pada masa akan datang. Rekaannya masih menyerupai Galaxy S2 dengan kamera 8 megapixel di bahagian belakang. Menariknya ia mampu menyokong sehingga 64GB microSD sebagai storan tambahan. Ia tidak menyokong LTE namun ia mampu mencapai kelajuan HSPA+ (21MBps).

    Galaxy S2 Plus ini dijangka akan menarik perhatian mereka yang berpendapatan sederhana kerana ia bakal dijual pada harga yang lebih rendah berbanding Galaxy S3. Tiada sebarang informasi yang sah berkaitan harga sebenar telefon pintar ini di pasaran kelak.

     

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain