• Samsung Galaxy S3 Mini daripada Maxis, Celcom dan DiGi

    Seperti yang kita semua sedia maklum, Samsung Galaxy S3 Mini telah pun dilancarkan secara rasminya pada minggu lepas. Syarikat-syarikat telekomunikasi utama di Malaysia juga tidak mahu ketinggalan untuk menawarkan telefon pintar Android terbaru ini kepada para pelanggan mereka dengan menyediakan pelan-pelan khas. Tiga syarikat utama yang menawarkan Samsung Galaxy S3 Mini di Malaysia buat masa ini adalah Maxis, Celcom dan juga Maxis.
    Maxis menawarkan Galaxy S3 Mini dengan dua pilihan kontrak yang berbeza iaitu 12 dan 24 bulan. Kedua-dua kontrak berkenaan turut membenarkan anda untuk memilih pelan data 3GB ataupun 1GB sebulan. Anda juga wajib mendaftar kepada pelan TalkMore48 yang memberikan anda panggilan percuma sebanyak 400 minit dan 200 SMS ke mana-mana nombor telefon. Sekiranya anda ingin memilih untuk membeli Galaxy S3 Mini pada harga RM599 daripada Maxis, anda perlu membayar sebanyak RM116 sebulan selama 24 bulan. Caj panggilan dan SMS tambahan akan dikenakan sekiranya anda telah melebihi had yang ditetapkan.
    DiGi pula membenarkan anda untuk memiliki Galaxy S3 Mini melalui pelan Smart Plan 48, 68 dan 88. Seperti Smart Plan yang biasa, anda wajib membayar pelan data setiap bulan dan kadar pembayaran panggilan dan SMS akan dicaj bergantung kepada penggunaan anda setiap bulan. Setiap panggilan akan dicaj 15 sen seminit dan 10 sen bagi setiap SMS ke mana-mana nombor telefon. Apa yang membezakan setiap pelan ini adalah terletak pada jumlah data Internet yang ditawarkan iaitu 2GB, 5GB dan 8GB. Walaupun DiGi menawarkan harga Galaxy S3 Mini yang agak rendah, namun anda perlu ingat bahawa anda perlu membayar duit pendahuluan sebanyak RM600 ketika mendaftar. Anda boleh membeli Galaxy s3 Mini bersama DiGi melalui DiGi Online Store.
    Celcom juga menawarkan Galaxy S3 Mini dengan tawarkan pakej yang lebih luas daripada Maxis dan DiGi. Anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan Celcom First Prime (RM40), First Premier (RM80) ataupun First Elite (RM150). Setiap satu pelan perlu digabungkan sekali dengan pelan data 1GB (RM38) ataupun 3GB (RM58). Bukan itu sahaja, anda boleh memilih sama ada untuk diikat selama 12 bulan ataupun 18 bulan. Sebagai contoh, sekiranya anda ingin memiliki telefon pintar ini pada harga RM588, anda perlu mengambil kontrak selama 18 bulan bersama Celcom dengan komitmen bulanan sebanyak RM208. Anda juga perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM450 di mana ia akan direbet semula ke dalam akaun anda secara bulanan.


  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain