• Samsung Galaxy S4 seawal bulan Mac ini?

    Menurut berita daripada Asian Economics, Korea, Samsung dikatakan akan mempersembahkan Galaxy S4 secara rasmi pada sebuah majlis yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Mac bertempat di Amerika Syarikat. Berkemungkinan besar majlis yang dinamakan sebagai Samsung Mobile Unpacked 2013 ini bakal diadakan pada tarikh 22 Mac. Kesahihan berita ini masih lagi dipertikaikan namun kita amat yakin bahawa Samsung Galaxy S4 bakal dilancarkan ketika majlis Samsung Mobile Unpacked seperti yang terjadi ketika pelancaran Galaxy S3 sebelum ini.

    Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa pihak yang berpendapat telefon pintar terkini daripada Samsung ini akan dipersembahkan lebih awal iaitu ketika Mobile World Congress. Ia mungkin terjadi kerana pesaing terdekat mereka, HTC juga bakal melancarkan telefon pintar terkini mereka ketika MWC. Majlis MWC ini akan diadakan di Barcelona, Sepanyol pada penghujung bulan Februari (25-28 Feb 2013).

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain