• Samsung Galaxy Xcover 2 yang kalis air

    Nampaknya Samsung juga tidak mahu ketinggalan dalam menghasilkan telefon pintar yang kalis air dan tahan lasak. Walaupun Mobile World Congress masih belum bermula, Samsung telah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan Galaxy Xcover 2. Telefon pintar ini dikatakan mampu bertahan di dalam air sedalam satu meter dan kekal di dalam selama 30 minit. Ia memiliki skrin WVGA bersaiz 4 inci dan disertakan bersama dengan fungsi Motion UI yang terdapat pada peranti Samsung terkini.

    Galaxy Xcover 2 menggunakan cip pemprosesan dwi teras 1GHz dan kamera 5 megapiksel. Reka bentuk telefon pintar ini kelihatan lebih menyerupai Galaxy S3 kerana memiliki sisi melengkung. Bahagian penutup belakangnya juga mempunyai kunci bagi memastikan ia benar kalis air dan mampu direndam dengan lama. Walau bagaimanapun telefon pintar ini bukanlah pesaing kepada Sony Xperia Z yang menggunakan cip pemprosesan empat teras. Namun sekiranya anda adalah pengguna setia Samsung, mungkin ini adalah pilihan untuk anda.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain