• Samsung mendahului senarai pengeluar telefon pintar bagi tahun 2012


    Tahun 2012 menunjukkan pelbagai inovasi daripada pengeluar-pengeluar telefon pintar di seluruh dunia dan kita melihat persaingan sengit antara Samsung dan Apple. Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh International Data Corporation (IDC), Samsung telah mendahului senarai pengeluar telefon pintar kepada pengguna terbanyak di dunia dan diikuti dengan dekat oleh pengeluar iPhone, iaitu Apple. Samsung memegang bahagian saham sebanyak 39.6% berbanding 19.0% pada tahun 2011. Manakala Apple juga memperlihatkan peningkatan daripada 18.8% pada tahun 2011 kepada 25.1% pada tahun 2012. Tempat ketiga telah jatuh kepada pengeluar telefon pintar Windows Phone yang utama iaitu Nokia. Walaupun begitu, Nokia hanya memiliki bahagian saham yang rendah iaitu pada 6.4% sahaja dan diikuti rapat oleh HTC.


    Pada tahun 2013, kita menjangkakan senarai ini berkemungkinan akan berubah sekali lagi kerana pada suku keempat 2012, kita melihat kemunculan nama-nama pengeluar Asia yang lain seperti Huawei dan ZTE. Berdasarkan laporan daripada IDC untuk suku keempat tahun 2012, Samsung dan Apple masih berada di takhta masing-masing. Namun tempat ketiga, keempat dan kelima telah mula dikuasi oleh pengeluar Asia iaitu Huawei, Sony dan ZTE. Nampaknya pengeluaran telefon pintar daripada Nokia, HTC dan Research In Motion (RIM) telah mula menampakkan penurunan. Persoalannya adakah tahun 2013 bakal menjadi saksi sejarah kejatuhan pengeluar telefon bimbit terkemuka suatu masa dahulu iaitu Nokia? Sama-sama kita lihat dan nantikan keputusannya.


    Sumber informasi : IDC

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain