• Skrin kaca fleksibel daripada Corning

    Nampaknya bukan Samsung sahaja yang sedang giat melakukan kajian ke atas skrin kaca yang boleh melengkung. Projek Samsung OLED kini sudah disaingi oleh pereka skrin kaca tahan lasak popular iaitu Corning. Corning yang sememangnya sinonim dengan skrin kaca Gorilla Glass baru-baru ini telah memperkenalkan Willow Glass. Ia merupakan skrin kaca yang amat fleksibel dan tidak akan patah atau pecah apabila dilengkungkan.

    Willow Glass mempunyai ketebalan seumpama sebuah kad bisnes biasa - hanya 0.1 milimeter. Walaupun ia masih lagi di dalam kajian, namun hasil ujian yang diperlihatkan menunjukkan petanda yang positif.

    Perlu diingatkan walaupun Corning merupakan pereka kepada skrin tahan lasak, Gorilla Glass, ia tidak bermakna skrin kaca terbaru mereka, Willow Glass akan memiliki ciri-ciri yang sama. Willow Glass tidak akan mempunyai ketahanan sehebat Gorilla Glass kerana ia akan melanggar hukum fizik, menurut Naib Presiden dalam salah satu divisyen Corning. Skrin kaca ini juga tetap akan boleh patah mahupun pecah sekiranya dilengkungkan melebihi had. Corning akan terus membuat kajian ke atas skrin Willow Glass ini untuk menjadikan ia lebih nipis di masa akan datang.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain