• Skype kini diintegrasikan bersama Outlook

    Setelah pengambilalihan Skype oleh Microsoft pada tahun lepas, kita telah melihat banyak integrasi yang dilakukan ke atas kedua-dua produk. Baru-baru ini, aplikasi Skype di dalam Windows telah dikemaskini untuk menyokong integrasi bersama aplikasi emel daripada Microsoft iaitu Outlook. Integrasi ini membenarkan kedua-dua aplikasi berkongsi maklumat di samping membuat panggilan secara terus menerusi VOIP.

    Bermula dengan Skype versi 6.1, semua kenalan di dalam emel Outlook akan menunjukkan status terkini Skype kenalan tersebut. Pada masa yang sama, pengguna Outlook boleh menghantar mesej atau membuat panggilan secara terus kepada kenalan mereka dengan akaun Skype.

    Ini merupakan usaha daripada Microsoft untuk menjadikan Outlook dan Skype sebagai satu-satunya jenama yang sinonim dengan aplikasi perhubungan di masa akan datang. Malah aplikasi Windows Live Messenger bakal ditamatkan tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada Skype.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain