• Sony Xperia Tablet Z tahan habuk dan kalis air

    Hari ini, Sony telah memperkenalkan Xperia Tablet Z secara rasminya. Seperti yang dijangkakan, tablet ini memiliki saiz skrin sebesar 10.1 inci dengan paparan Mobile Bravia Engine 2, 1920 x 1200. Ia memiliki cip pemprosesan Qualcomm empat teras 1.5GHz, 2GB RAM serta 32GB storan dalaman. Menariknya ia memiliki kamera 8.1 megapixel Exmor R yang amat jarang sekali kita lihat pada sebuah tablet. Ia juga menyokong teknologi NFC dan microSD sebagai penambahan. Ia turut menggunakan sistem operasi Android 4.1 dan boleh dikemaskini kepada 4.2 tidak lama lagi.

    Sony Xperia Tablet Z ini menjadi lebih unik apabila ia menjadi tablet pertama yang kalis air dan tahan habuk hampir menyerupai kriteria Sony Xperia Z dan Xperia Go. Tablet ini amat bersesuaian bagi mereka yang lasak dan menggunakannya dalam keadaan yang basah seta berhabuk. Malah ia juga mempunyai ketebalan 6.9mm (nipisnya), dan berat 495g. Rekaan tablet ini juga amat berlainan daripada tablet Sony yang pertama iaitu Sony Xperia Tablet S. Jika anda sering berhadapan dengan masalah kekurangan bateri, kapasiti bateri 6,000mAh pada tablet ini dijangka akan dapat menyelesaikan masalah ini.

    Buat masa ini masih tidak terdapat sebarang informasi berkenaan harga dan tarikh jualan tablet ini di Malaysia.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain