• Sony Xperia Z - Berkuasa dan kalis air

    Sony akhirnya telah melancarkan Xperia Z secara rasmi dengan membawakan telefon pintar yang mempunyai skrin bersaiz 5 inci dengan teknologi Mobile Bravia Engine 2. Xperia Z ini bakal menjadi peneraju utama Sony selepas Xperia T. Gambar yang dihasilkan oleh telefon pintar ini amat jelas dan terang dengan paparan 1920 x 1080 pixel. Bukan itu sahaja, ia turut didatangkan dengan kamera 13 megapixel yang menggunakan versi mobile untuk sensor Exmor RS. Sony mengatakan bahawa ia juga mampu menangkap gambar di bawah pencahayaan yang kurang. Mungkinkah telefon pintar ini mampu menyaingi kualiti kamera Nokia Lumia 920?

    Cip pemprosesan empat teras Qualcomm dengan 2GB RAM turut digunakan bagi memberikan pengalaman penggunaan telefon pintar yang pantas. Ia menggunakan Android Jellybean 4.1 dan boleh didapati dalam tiga warna yang berbeza iaitu hitam, putih dan juga ungu. Apa yang menjadi Xperia Z ini menarik ini adalah ia kekalisannya pada air dan habuk. Sony sememangnya sudah sinonim dengan teknologi ini melalui Xperia Go terdahulu. Sekiranya anda inginkan telefon pintar yang kalis air dan tahan lasak, mungkin inilah telefon pintar yang patut anda miliki.

    Sumber gambar : T3

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain