• Streamyx 8Mbps tanpa had kini ditawarkan oleh TM

    Hari ini, TM telah memperkenalkan pakej terbaru Streamyx iaitu 8Mbps kepada semua pengguna di Malaysia. Sebelum ini kelajuan tertinggi bagi Streamyx adalah 4Mbps sahaja. Kelajuan Internet 8Mbps ini dijangka akan menarik minat pengguna yang masih menunggu kedatangan UniFi di tempat kediaman mereka. Dengan bayaran bulanan sebanyak RM160, pengguna akan menikmati kelajuan Internet 8Mbps, modem WiFi percuma, ID TM WiFi percuma, sebuah telefon talian tetap tanpa wayar, serta panggilan percuma kepada semua pengguna talian tetap TM. Sekiranya, anda mendaftar untuk khidmat pembayaran automatik (Auto-Pay), anda akan menerima rebet sebanyak RM2 sebulan.

    Selain daripada itu, buat pengguna bisnes, mereka boleh mendapatkan kelajuan 8Mbps melalui pakej Office in a Box (OIAB) dengan bayaran sebanyak RM308 sebulan. Pakej OIAB kini turut disertakan bersama-sama dengan Microsoft Office 365, modem WiFi, Frequent5, ID TM WiFI serta telefon talian tetap tanpa wayar.

    Apa yang menjadi pakej Internet daripada TM lebih menarik adalah ia masih menawarkan penggunaan Internet tanpa had kepada para pelangganya. Sangat sesuai buat mereka yang ingin memuat turun fail-fail yang besar dan banyak daripada Internet tanpa perlu memikirkan tentang caj tambahan yang tersembunyi.

    Layari lama web TM untuk maklumat lanjut di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain