• Telefon pintar Firefox yang pertama

    Mozilla telah memperkenalkan telefon pintar Firefox yang pertama pada minggu ini di mana ia menggunakan Firefox OS. Telefon pintar ini merupakan satu-satunya telefon pintar yang menggunakan Firefox OS buat masa sekarang dan ia dibina khas untuk para pembina aplikasi. Telefon ini memiliki skrin sentuh 3.5 inci HVGA dan dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon S1 1GHz berserta RAM 512MB. Selain itu, ruang storan dalamannya hanyalah sebesar 4GB sahaja dan ia didatangkan bersama-sama dengan kamera 3 megapiksel. Sokongan WiFi turut disertakan untuk sambungan Internet.

    Walaupun telefon pintar Firefox ini masih lagi di peringkat asas, namun ia bertujuan untuk menarik minat para pembina aplikasi di luar sana untuk mencuba sistem operasi terbaru daripada Mozilla ini. Menariknya Firefox OS merupakan sebuah sistem operasi sumber terbuka (open source) yang membenarkan para pembina di luar sana untuk mempunyai hak sepenuhnya ke atas aplikasi mereka di samping cara ia diedarkan. Buat masa ini tiada lagi harga yang telah ditetapkan untuk telefon pintar Firefox dan sama ada ia juga akan dijual kepada pengguna biasa masih menjadi tanda tanya.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain