• Temple Run 2 dimuat turun lebih 20 juta kali

    Aplikasi rekaan Imagi yang terbaru iaitu Temple Run 2 telah menunjukkan pencapaian yang sangat membanggakan apabila ia telah dimuat turun oleh para pengguna iOS lebih daripada 20 juta kali. Angka ini berjaya dikecepi dalam masa 6 hari sahaja setelah ia dilancarkan pada hari Khamis yang lepas buat pengguna iOS. Bukan itu sahaja, Temple Run 2 menjadi aplikasi percuma paling popular dimuat turun di dalam App Store dalam masa 6 jam sahaja. Ternyata aplikasi permainan ini sudah mendapat ramai peminat. Pengguna Android juga akan berpeluang untuk memuat turun permainan ini ke dalam peranti mereka tidak lama lagi.
    Temple Run versi yang pertama telah dimuat turun  lebih daripada 170 juta kali di dalam sistem operasi iOS dan Android sejak dikeluarkan pada tahun 2011. Pada hari Natal sahaja, ia telah dimuat turun sebanyak 2.5 juta kali. Sebagai perbandingan, pihak Rovio telah mengumumkan bahawa Angry Bird telah dimuat turun sebanyak 8 juta kali ketika hari Natal yang lalu. Walaupun perbezaannya masih jauh, namun Temple Run dijangka mampu mengalahkan populariti Angry Bird tidak lama lagi.

    Muat turun aplikasi Temple Run 2 ke dalam peranti iOS di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain