• TM perkenalkan HyppTV Ruby Pack buat pengguna UniFi


    Bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Cina tidak lama lagi, Telekom Malaysia Berhad (TM) telah memperkenalkan pakej terbaru untuk pengguna UniFi sedia iaitu HyppTV Ruby Pack. Ia hampir menyerupai HyppTV Platinum Pack yang diperkenalkan pada tahun lepas, namun kali ini ia menampilkan 9 saluran terbaru daripada HyppTV seperti Now TV International, TVB8, HyppTV Gold, Channel V Taiwan, SCM Legend, STAR Chinese Channel, dan Screen RED. Kesemua saluran ini boleh dilanggan pada harga RM30 sebulan.


    Bagi yang berminat, anda boleh melanggan melalui laman web myUniFi, atau secara terus melalui saluran HyppTV inter@ctive pada HyppTV di rumah anda. Perlu diingatkan setiap langganan akan mengikatkan anda pada kontrak selama 12 bulan. Sewaktu kontrak ini masih sah, anda tidak boleh menamatkan langganan anda bersama HyppTV Ruby Pack secara percuma kerana terdapat yuran penamatan langganan yang wajib dibayar bergantung kepada tempoh baki langganan yang tinggal.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web HyppTV di sini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain