• U Mobile perkenalkan pakej Internet pra bayar RM48 sebulan

    Baru-baru ini U Mobile telah memperkenalkan UMI 48 di mana ia membenarkan anda menggunakan Internet mudah alih mereka pada kadar RM48 sebulan. Menariknya, anda tidak akan diikat dengan sebarang kontrak bersama U Mobile kerana UMI 48 merupakan sebuah pakej Internet pra bayar. Sebelum ini, U Mobile sememangnya sudah popular dengan pakej UMI 28, di mana ia memberikan anda pakej Internet 500MB selama 30 hari. Kali ini, melalui UMI 48, anda boleh menggunakan data Internet sehingga mencecah 2GB sebulan.

    Selain daripada itu, pakej ini turut disertakan dengan panggilan percuma ke mana-mana nombor di Malaysia selama 100 minit dan penghantaran 30 SMS percuma ke semua nombor. Sekiranya anda telah melebihi data yang telah dihadkan, anda tidak akan dikenakan sebarang caj namun kelajuan Internet akan dikurangkan. Bagi yang berminat, anda boleh melanggan kepada pakej U Mobile UMI 48 ini berdasarkan langkah-langkah di bawah:

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain