• Vuzix M100 pesaing kepada Google Glass

    Nampaknya projek Google Glass kini sudah mempunyai pesaing apabila Vuzix, sebuah syarikat daripada Amerika telah memperkenalkan gelas pintar, M100 ketika CES 2013. Vuzix M100 merupakan sebuah peranti aksesori kepada telefon pintar anda di mana ia menggunakan deria pendengaran dan penglihatan anda untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Menariknya, ia boleh diintegrasikan bersama sistem operasi Android bagi membolehkan anda melihat mesej, video, gambar, emel, peta, audio dan apa sahaja yang kita ingin lihat melalui sebuah telefon pintar. Ia juga boleh digunakan bersama-sama peranti iOS namun tidak semua fungsi yang dinyatakan akan boleh digunakan.

    Gelas pintar Vuzix M100 ini turut dilengkapi dengan pengesan GPS dan sebuah kamera bagi tujuan rakaman video dan pengambilan gambar. Kombinasi fungsi-fungsi ini akan menjadikan realiti tambahan (augmented reality) pada padangan setiap individu menjadi realiti. Aksesori ini mampu bertahan selama 8 jam dengan penggunaan audio sahaja. Jika anda menggunakan ia dengan sepenuhnya termasuk menggunakan fungsi audio, paparan (display) dan kamera, baterinya hanya mampu bertahan selama 1 jam.

    Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web Vuzix di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain