• Yolo - Telefon pintar Intel pertama daripada Afrika

    Hasil kerjasama antara Safaricom dari Kenya dan Intel telah menghasilkan sebuah telefon pintar yang diberi nama Yolo. Ia menjadi telefon pintar pertama di Afrika yang dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel. Yolo menggunakan cip pemprosesan Intel Atom Z2420, 1.2GHz.

    Telefon pintar ini mungkin bukanlah pesaing kepada nama-nama besar sekarang seperti iPhone dan Samsung Galaxy, namun ia dibina untuk memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan sederhana untuk memiliki sebuah telefon pintar terutamanya di Afrika. Yolo mempunyai skrin sebesar 3.5 inci dan kamera 5 megapiksel yang mampu merakam video 1080p HD. Malah para pengguna tidak perlu risau tentang ketiadaan aplikasi kerana Yolo menggunakan sistem operasi Android 4.0.

    Sumber informasi : Engadget

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain