• Adobe Photoshop 1.0.1 kini percuma

    15 Feb 2013 - Kini anda boleh memuat turun aplikasi Adobe Photoshop (versi 1.0.1) secara percuma di Internet secara sah di sisi undang-undang. Pihak Muzium Sejarah Komputer di Amerika telah mendapat persetujuan daripada Adobe System Inc. untuk mengeluarkan kod asal aplikasi ini kepada pengguna di seluruh dunia untuk tujuan bukan komersial.

    Kod asal Adobe Photoshop yang pertama ini memiliki sebanyak 128,000 barisan kod yang ditulis oleh pengasas bersama Photoshop, Thomas Knoll. Pada masa itu beliau juga merupakan seorang penuntut di University of Michigan. Kod asal Photoshop ini ditulis pada tahun 1990 dan kini boleh dimuat turun oleh semua pengguna melalui pautan ini.

    Sumber informasi : Computer History Museum

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain