• Adobe Photoshop Touch editor gambar yang ekstrem


    28 Feb 2013 - Sekiranya anda penggemar aplikasi Adobe Photoshop di dalam Windows mahupun Mac OSX, anda sudah pasti merasakan aplikasi Adobe Photoshop Express yang ada di dalam tablet mahupun telefon pintar anda tidak mencukupi untuk membuat olahan ke atas gambar. Kini anda tidak perlu berasa kecewa lagi kerana pihak Adobe telah menghasilkan Adobe Photoshop Touch yang lebih hebat berbanding Photoshop Express. Malah bukan itu sahaja, anda boleh membuat olahan yang lebih mendalam secara terus melalui telefon pintar dan tablet kegemaran anda.


    Photoshop Touch membenarkan anda menggunakan fungsi-fungsi asas Photoshop biasa seperti Layers, Selection Tools, Filters, Tonal dan Color Adjustment. Anda juga boleh menambah teks grafik dan efek tambahan ke atas gambar anda. Buat masa ini, aplikasi ini menghadkan olahan ke atas gambar sehingga 12 megapiksel sahaja. Menariknya dengan setiap pembelian aplikasi Photoshop Touch, anda bakal menerima integrasi dengan Adobe Creative Cloud, iaitu storan awan sebesar 2GB secara percuma.
    Sekiranya anda berminat untuk memiliki aplikasi ini, anda boleh membelinya di Google Play mahupun iOS App Store pada harga USD9.99 (RM31).

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain