• Binaan HTC One sehebat iPhone 5

    20 Feb 2013 - Awal pagi tadi, HTC baru sahaja melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang diberi nama HTC One. Ia merupakan peneraju utama buat HTC selepas kejayaan HTC One X dan One X+. Persoalannya adakah telefon terbaru ini mampu bersaing dengan telefon pintar popular pada masa kini seperti iPhone 5, Samsung Galaxy S3, dan Nokia Lumia 920?

    Dari segi binaan luar, HTC One tampak elegen dengan binaan aluminium berwarna perak. Gaya eksklusif ini sememangnya dijangka akan menjadi tarikan buat para pengguna kerana sebelum ini ia sering dikaitkan dengan iPhone sahaja. HTC One adalah seberat 143 gram, dengan ketebalan 9mm. Ia lebih berat berbanding HTC One X (130 gram) sebelum ini.

    Walaupun ia memiliki kamera 4 megapiksel, namun teknologi UltraPixel yang digunakan dapat menghasilkan gambar yang lebih berkualiti berbanding kamera 13 megapiksel. Apa yang dimaksudkan dengan UltraPixel adalah ia memfokuskan pada kualiti di setiap piksel di dalam gambar berbanding menambahkan bilangan piksel. Ini bermakna gambar yang dihasilkan akan menjadi lebih jelas dan cantik berbanding kamera telefon pintar biasa. Mungkinkah teknologi ini bakal menjadi pencabar buat Nokia PureView kerana HTC One juga dilengkapi dengan Optical Image Stabilisation (OIS) yang pertama buat peranti Android.

    Skrinnya juga tidaklah terlalu besar kerana ia memiliki skrin 4.7 inci dengan sokongan definisi tinggi penuh (Full HD) 468ppi sekaligus mengalahkan iPhone 5 (326ppi). Seperti yang dijangkakan, HTC One menggunakan cip pemprosesan empat teras Snapdragon Qualcomm 1.7GHz dengan RAM 2GB. Storan dalamannya pula boleh dipilih oleh pengguna iaitu sama ada 32GB ataupun 64GB.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain