• Blackberry Z10 dilancarkan di Malaysia pada harga RM2,188

    20 Feb 2013 - Akhirnya setelah lama menanti, RIM telah pun melancarkan versi terbaru Blackberry iaitu Z10 di Malaysia pada hari ini. Telefon pintar ini kini boleh dimiliki pada harga RM2,188. Tidak seperti telefon pintar keluaran RIM yang terdahulu, Blackberry Z10 tidak memiliki sebarang papan kekunci QWERTY yang nyata kerana menggunakan teknologi skrin sentuh dengan sepenuhnya. Skrinnya adalah sebesar 4.2 inci dengan ketebalan 9mm.

    Blackberry Z10 dijanakan dengan cip pemprosesan dwi teras 1.5GHz beserta 2GB RAM. Ia memiliki storan dalaman 16GB namun boleh dipertingkatkan sebanyak 32GB lagi dengan microSD. Kameranya juga tidak mengecewakan kerana memiliki 8 megapiksel di bahagian belakang dan 2 megapiksel di bahagian hadapan.

    Apa yang menjadikan Blackberry Z10 unik adalah ia merupakan telefon pintar RIM pertama yang menggunakan sistem operasi terbaru Blackberry 10. Daripada maklumat yang diambil daripada Amanz, syarikat telekomunikasi utama di Malayasia, Maxis, Celcom dan DiGi akan turut menawarkan pakej masing-masing bagi memberi peluang kepada para pengguna untuk memiliki telefon pintar terbaru RIM pada harga yang mampu dimiliki.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain