• Google bakal membuka kedai sendiri

    19 Feb 2013 - Google berkemungkinan besar akan membuka kedai mereka sendiri pada tahun ini berdasarkan beberapa sumber maklumat yang boleh dipercayai. Menurut majalah Wall Street Journal, Google kini sedang serius untuk membuka kedai Google yang rasmi bagi mempamerkan peranti-peranti elektronik mereka kepada para pengguna seperti telefon-telefon pintar Nexus, Chrome Box dan yang terbaru, Project Glass.

    Bukan itu sahaja, dengan adanya kedai sebegini, Google akan boleh menunjukkan kebolehan sistem operasi mereka, Chrome OS dan Android dengan lebih dekat. Buat masa ini, Google sudah pun memiliki beberapa ruangan kecil di lapangan terbang terkemuka seperti di United Kingdom untuk mempamerkan beberapa produk mereka. Gambar di atas adalah contoh yang diambil daripada lapangan terbang di UK. Mungkinkah dengan adanya kedai sebegini, Google akan dapat memperkenalkan projek telefon pintar rahsia mereka iaitu "X Phone"?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain