• iPad dengan storan 128GB diperkenalkan di Malaysia

    8 Feb 2013 - Nampaknya khabar angin yang diperkatakan sebelum ini oleh beberapa sumber daripada Internet adalah benar belaka apabila Apple telah memperkenalkan penambahan storan kepada iPad yang sedia ada kepada 128GB. Menariknya pengguna di Malaysia tidak perlu menunggu lama kerana anda kini sudah pun boleh membuat tempahan melalui laman web Apple Malaysia secara terus. Dijangkakan anda akan menerima iPad dengan storan 128GB dalam jangka masa 1 hingga 3 hari waktu bekerja.

    Penaiktarafan sebanyak dua kali ganda daripada iPad 64GB ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh pengguna iPad kerana storan 64GB dilihat tidak mencukupi untuk menyimpan video di dalamnya. iPad 128GB ini boleh dimiliki pada harga serendah RM2,399 untuk unit dengan sokongan WiFi sahaja manakala RM2,799 untuk unit dengan sokongan WiFi dan 3G. Selain daripada storan dalaman yang ditambah, tiada lagi kemaskini tamabahan yang disertakan sekali kepada unit iPad generasi keempat yang sedia ada.

    Jika berminat, anda boleh layari laman web Apple Malaysia di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain