• Kemaskini Internet Explorer 10 untuk Windows 7

    26 Feb 2013 - Microsoft bakal membawakan kemaskini terbaru Internet Explorer 10 buat pengguna Windows 7 yang sedia dalam beberapa minggu lagi berdasarkan laporan yang diterima oleh beberapa pihak media. Pengguna akan menerima notifikasi untuk kemaskini di dalam komputer mereka tidak lama lagi.

    Internet Explorer 10 yang sememangnya kini digunakan di dalam Windows 8, membawakan pelbagai peningkatan dan pembaharuan terbaru seperti penambah baikan prestasi Javascript, dan penggunaan bateri yang lebih rendah untuk komputer mudah alih. Internet Explorer sebenarnya sudah pun dilancarkan pada 26 Oktober yang lalu namun kemaskini untuk Windows 7 telah ditunda bagi memastikan prestasi yang optimum buat pengguna. Sayang sekali antara muka bagi Internet Explorer 10 untuk Windows 7 masih serupa seperti Internet Explorer 9, tidak seperti yang terdapat di dalam Windows 8.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain