• Lumia 720 sertai keluarga terbaru Nokia

    26 Feb 2013 - Pada Mobile World Congress 2013 (MWC2013) yang lalu, Nokia telah memperkenalkan ahli keluarga terbaru Lumia mereka iaitu Nokia Lumia 720. Ia menggunakan sistem operasi Windows Phone 8.0 sama seperti Lumia 920 dan 820. Dari segi rekaan, ia hampir menyerupai Lumia 820 dengan skrin melengkung ClearBlack 4.3 inci. Ia juga merupakan telefon pintar unibody Nokia yang pertama didatangkan dengan sokongan microSD. Ini sememangnya berlainan daripada Lumia 920.

    Walau bagaimanapun kameranya masih belum bolen menandingi teknologi PureView yang terdapat pada Lumia 920. Ia mempunyai kamera 6.7 megapiksel dengan lensa Carl Ziess. Anda tidak perlu risau kerana Lumia 720 juga didatangkan sekali dengan kamera 1.3 megapiksel di bahagian hadapan bagi memudahkan anda untuk membuat panggilan video melalui Skype. Ia memiliki cip pemprosesan Snapdragon S4 dwi teras 1GHz dan RAM 512MB. Menariknya ia juga boleh dicas dengan teknologi pengecasan tanpa wayar seperti Lumia 920 dan 820.

    Tiada tarikh rasmi yang diberikan untuk penjualan telefon pintar ini di Malaysia namun ia dijangka dijual dalam lingkungan harga RM1100 sahaja.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain