• Maxis 4G kini boleh digunakan pada Nokia Lumia 920 dan HTC One XL

    18 Feb 2013 - Maxis telah pun memperkenalkan dua pakej telefon pintar yang dilengkapi dengan teknologi 4G iaitu Nokia Lumia 920 dan juga HTC One XL. Teknologi 4G sememangnya sudah dinanti-nantikan oleh semua peminat telefon pintar di Malaysia kerana ia memberikan sambungan kelajuan Internet yang lebih tinggi berbanding 3G iaitu pada kadar purata 10Mbps hingga 30Mbps. Walau bagaimanapun, hubungan Internet berkelajuan tinggi ini hanya terhad di beberapa kawasan sahaja dan kebanyakkannya tertumpu kepada kawasan di sekitar Lembah Klang seperti Cyberjaya, Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Bandar Sunway dan banyak lagi. Berikut adalah senarai pakej yang ditawarkan buat pengguna:

    Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar di Maxis Centre Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ataupun KLCC. Buat masa ini, tidak terdapat sebarang informasi sama ada Maxis akan menawarkan Samsung Galaxy Note 2 ataupun iPhone 5 dengan pakej Maxis 4G di masa hadapan.

    Sumber informasi : Maxis

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain