• Samsung Galaxy Note 8.0 pesaing kepada iPad Mini

    24 Feb 2013 - Awal pagi tadi, Samsung telah memperkenalkan ahli keluarga baru Galaxy Note iaitu Galaxy Note 8.0. Seperti yang dijangkakan tablet terbaru daripada Samsung ini memiliki kelebihan yang terdapat di dalam sebuah Galaxy Note 2, namun pada saiz skrin yang lebih besar sedikit. Tablet ini menggunakan Android Jellybean 4.1.2 dengan antaramuka Touchwiz. Ia menggunakan cip pemprosesan empat teras Exynos A9 1.6GHz beserta 2GB RAM. Ruang storan dalaman boleh didapati dalam dua versi iaitu 16GB atau 32GB dan boleh ditambah melalui kad memori mikro SD. Paparan skrin bersaiz 8 inci WXGA dan densiti piksel 189ppi, dijangka akan memberikan kepuasan buat para penggunanya.

    Sayang sekali saiz kameranya hanyalah serendah 5 megapiksel sahaja di bahagian belakang dan 1.3 megapiksel di bahagian hadapan. Kita mengharapkan Samsung dapat memberikan kualiti kamera yang lebih baik di masa akan datang. Samsung Galaxy Note 8.0 ini dijangka akan menjadi pesaing utama buat iPad Mini di pasaran sekarang terutama dengan kelebihan fungsi S Pen yang sememangnya menarik.

    Buat masa ini tiada sebarang informasi berkaitan harga yang telah diumumkan kepada semua dan kita tidak pasti bilakah tablet ini bakal muncul di pasaran Malaysia.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain