• Siri animasi Angry Birds Toons bakal ditayangkan bulan Mac

    27 Feb 2013 - Pihak Rovio telah mengesahkan bahawa Angry Birds Toons akan mula ditayangkan secara rasmi kepada umum bermula pada 16 Mac ini dengan menampilkan watak-watak daripada permainan popular Angry Birds. Nampaknya selain daripada siri aplikasi permainan Angry Birds seperti Space dan Star Wars, kita bakal melihat siri animasi rasmi untuk Angry Birds bagi menceritakan kisah di sebalik permainan popular ini.

    Menariknya, siri animasi pertama Angry Birds ini akan ditayangkan di Internet dan bukannya di kaca televisyen. Anda boleh menonton episod terbaru setiap minggu di laman rasmi Rovio. Malah pihak Rovio tidak berhenti di situ sahaja kerana mereka dilaporkan sedang giat menghasilkan sebuah filem pertama berkaitan Angry Birds. Ia dilaporkan akan ditayangkan pada tahun 2016.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain