• Skype menjalankan ujian permesejan video

    19 Feb 2013 - Setelah Skype diambil alih oleh Microsoft pada tahun lepas, kita dapat melihat banyak kemaskini terbaru yang dibuat pada aplikasi permesejan popular ini. Terkini, Skype dilaporkan telah mula melakukan ujian ke atas sistem permesejan video kepada beberapa pengguna yang terpilih sebelum fungsi ini dilancarkan secara rasmi. Melalui permesejan video ini, anda boleh menghantar rakaman video anda secara terus kepada rakan anda walaupun beliau tidak berada di dalam talian. Namun, setiap video dihadkan kepada 3 minit sahaja. Untuk mereka yang terpilih, mereka akan diberi peluang untuk menghantar 20 buah video rakaman mereka kepada rakan-rakan ketika proses pengujian.

    Ada yang berpendapat sistem permesejan video ini akan hanya ditawarkan buat pengguna Skype premium sahaja di mana ia menggunakan sistem kredit Skype. Buat masa ini, Skype telah menjadi aplikasi video chat secara langsung paling popular di dunia di mana kebanyakkannya digunakan ketika pengguna berada di luar negara demi menjimatkan kos di samping melihat keluarga tersayang secara langsung.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain