• Spesifikasi Samsung Galaxy S4 terdedah?

    18 Feb 2013 - Sudah pasti ramai yang menanti-nantikan kemunculan telefon pintar terbaru daripada Samsung untuk tahun ini. Berita terhangat yang amat dinantikan adalah kemunculan Samsung Galaxy S4 di mana ia akan menjadi seteru utama buat iPhone 5 dan 5S. Menurut informasi yang diambil daripada sebuah syarikat perakaunan di Korea Selatan, telefon pintar terbaru daripada Samsung ini bakal memiliki skrin 5 inci dengan paparan 1280x1080p selain memiliki RAM sebesar 2GB dan menggunakan sistem operasi Android 4.2.

    Syarikat ini juga mengatakan Samsung Galaxy S4 tidak akan menggunakan cip pemprosesan lapan teras seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini kerana ia dijangka akan menggunakan cip pemprosesan empat teras Exynos 5440 Cortex A15. Sejauh mana kebenaran perkara ini masih lagi menjadi tanda tanya.

     
    Jangkaan awal mengatakan Samsung akan mengumumkan Galaxy S4 pada 15 Mac ini.
     
    Sumber informasi : Phandroid

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain