• Telefon lutsinar pertama di dunia

    Jika anda selalu menonton filem-filem Hollywood seperti Real Steel, anda sudah pasti pernah melihat penggunaan telefon pintar lutsinar. Kini, teknologi ini bukanlah suatu rekaan fiksyen semata-mata kerana Polytron telah membuktikan konsep telefon lutsinar ini boleh berlaku. Prototaip pertama yang dihasilkan oleh syarikat daripada Taiwan ini memperlihatkan sebuah telefon yang lutsinar sehinggakan anda mampu melihat cip pemprosesan dan kameranya di bahagian sisi.

    Walau bagaimanapun, prototaip telefon lutsinar ini hanya mampu melakukan operasi yang ringkas seperti membuat panggilan. Dijangkakan Polytron perlu menangani beberapa masalah seperti kebolehan untuk membaca ketika waktu cerah sebelum mereka boleh menambahkan lagi beberapa fungsi tambahan. Jika kajian ini berjaya, kita dijangka akan melihat telefon pintar lutsinar yang berfungsi seperti Android ataupun iOS menjelang akhir tahun 2013 ini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain