• Tiada Instagram untuk BlackBerry 10

    22 Feb 2013 - Menurut informasi yang diterima daripada AllThingsD, pengguna BlackBerry 10 tidak berpeluang untuk menggunakan aplikasi popular, Instagram dalam jangka masa terdekat. Buat masa ini, pihak Instagram, masih belum menunjukkan minat untuk menghasilkan sebuah aplikasi rasmi Instagram di dalam sistem operasi terbaru ini. Perkara ini berkemungkinan terjadi kerana bilangan pengguna BlackBerry 10 masih rendah berbanding sistem operasi popular Android dan iOS. Malah pengguna Windows Phone juga masih belum dapat menggunakan aplikasi ini di dalam telefon pintar mereka.

    Walau bagaimanapun, beberapa pihak mengatakan RIM sedang berusaha untuk membawa masuk aplikasi-aplikasi yang terdapat di dalam Android ke dalam BlackBerry 10 sama seperti BlackBerry Playbook sebelum ini. Tiada kenyataan rasmi yang telah dibuat namun sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, kita bakal melihat populariti BlackBerry 10 akan meningkat di masa akan datang.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain