• Aplikasi Flickr kini menyokong hashtag

    18 Mac 2013 - Flickr merupakan salah satu aplikasi perkongsian gambar yang paling bertahan di Internet. Malah ia juga lebih lama berbanding Instagram. Walau bagaimanapun, populariti Flickr makin lama semakin berkurangan apabila kebanyakkan penggunanya beralih kepada Instagram. Oleh kerana itulah konsep asal Flickr di dalam iOS telah diubahsuai agar bersesuaian dengan peredaran zaman. Sebagai contoh, beberapa bulan yang lepas, Flickr telah dikemaskini dengan penambahan efek filter pada gambar kerana ia semakin popular di kalangan pengguna gajet mudah alih.

    Kini, satu lagi pembaharuan pada aplikasi Flickr di iOS juga diperkenalkan iaitu fungsi pencarian gambar melalui hashtag. Pengguna boleh meletakkan hashtag pada gambar seumpama Instagram bagi memudahkan ia dijumpai oleh pengguna yang lain. Sebenarnya fungsi sebegini sudah lama diperkenalkan oleh Flickr namun ia dahulunya lebih dikenali sebagai tag sahaja. Nampaknya dengan berlakunya peredaran zaman, Flickr sedar mereka perlu berubah dari masa ke semasa. Buat masa ini, fungsi hashtag ini hanya ada pada Flickr untuk iOS sahaja. Ada kemungkinan Flickr versi web dan Android bakal dikemaskini tidak lama lagi.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain