• Apple mendaftarkan paten untuk skrin melengkung


    29 Mac 2013 - Apple telah mendaftarkan paten skrin melengkung baru-baru ini sebagai langkah berjaga-jaga ke atas sebarang kes peniruan yang bakal berlaku di masa akan datang. Pendaftaran paten melibatkan skrin AMOLED melengkung di samping binaan badan yang lutsinar (seumpama gelas). Walaupun paten ini bukanlah rekaan sebenar untuk iPhone di masa akan datang, namun ia sangat menarik kerana skrin AMOLED paten ini mengelilingi keseluruhan binaan badan telefon ini.

    Perlu diingatkan Apple bukanlah syarikat yang pertama memperkenalkan teknologi skrin melengkung kerana Samsung juga pernah mengumumkan teknologi seperti ini yang diberi nama Youm. Nokia juga sedang giat merealisasikan penggunaan skrin melengkung di dalam projek Lumia mereka di masa depan. Nampaknya persaingan skrin melengkung semakin menjadi-jadi di kalangan gergasi pengeluar telefon pintar di dunia. Ini juga bermakna kita akan menjadi semakin hampir untuk melihat sebuah telefon pintar yang fleksibal dan menggunaan binaan kaca sepenuhnya tidak lama lagi.

    Sumber informasi : Engadget

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain