• Demostrasi Google Glass dengan penggunaan aplikasi Android


    13 Mac 2013 - Ramai sudah pasti teruja dengan projek Google Glass yang dikatakan bakal memberikan evolusi baru buat pengguna gajet pintar tidak lama lagi. Sudah pasti ramai juga yang ingin mengetahui dengan lebih dekat bagaimana gajet terbaru ini boleh diintegrasikan bersama-sama aplikasi Android seharian anda. Pada festival Southwest, Google telah menunjukkan penggunaan Google Glass dengan lebih dekat di samping bagaimana ia boleh diintegrasikan bersama Google Now, Search dan juga Skitch.

    Melalui video di bawah, kita dapat melihat bagaimana seorang pengguna boleh menangkap gambar, mengongsikan di laman sosial, dan membuat carian melalui Google Search. Integrasi bersama tablet Android juga diperlihatkan sedikit bagi menunjukkan penggunaan Google Glass dengan lebih meluas. Sebagai contoh, melalui Google Glass, anda tidak lagi perlu mengangkat tablet anda untuk menangkap gambar kerana ia boleh diambil secara terus dari kaca mata anda. Kemudian, anda boleh menghantar gambar yang diambil ke dalam tablet anda untuk olahan seterusnya.




    13 Mac 2013 - Secara keseluruhan konsep Google Glass memang mengujakan dan kami sangat berharap agar ia dapat menyokong pelbagai bahasa di masa depan, terutamanya dalam bahasa Melayu.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain