• Gambaran awal iPhone 6 diperlihatkan

    5 Mac 2013 -  Terdapat banyak gambaran awal iPhone 6 di Internet namun reka bentuk yang dihasilkan oleh Martin Hajek ini berjaya membuka mata kami. Jelas sekali rekaan imaginasinya sangat kemas dan sama seperti yang diharapkan oleh kebanyakkan peminat Apple. Martin telah menggambarkan iPhone 6 memiliki skrin yang lebih lebar dan luas berbanding iPhone 5 dengan saiz 4.8 inci. Rekaan luarannya juga amat menyerupai sebuah iPod Touch terbaru. Perbezaan utamanya adalah ia tidak memiliki sebarang butang "home".
    Jika dibandingkan dengan iPhone 5 yang sedia ada, gambaran awal iPhone 6 ini lebih nipis dan pendek. Walau bagaimanapun skrinnya yang diperbesarkan sudah pasti dapat memberi kepuasan kepada anda untuk menonton drama mahupun filem di dalam telefon pintar anda.
    Sumber informasi : TodaysiPhone
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain