• Google Now bakal hadir di dalam iOS

    14 Mac 2013 - Sebuah video telah muncul di Youtube baru-baru ini menunjukkan petanda kedatangan aplikasi Google Now ke dalam sistem operasi iOS. Sayang sekali video ini telah pun diturunkan daripada Youtube. Video 42 saat ini sedikit sebanyak telah menunjukkan bagaimana Google Now akan diintegrasikan bersama aplikasi-aplikasi Google yang lain seperti Google Search dan Maps. Apa yang menjadikan video ini lebih menarik adalah ia kelihatan seolah-olah dibuat oleh Google sendiri dan bukannya sebuah rekaan dari peminat setia iOS. Mungkinkah ini cara terbaru Google memasarkan Google Now kepada pengguna setia Apple?
    Sekiranya berita ini benar, Google Now semestinya bakal menjadi pesaing utama buat Siri. Mampukah Siri bersaing kerana ia menggunakan peta yang terdapat di dalam iOS 6 Maps yang sememangnya telah terkenal dengan pelbagai masalah. Apa yang pasti, kami mengandaikan aplikasi Google Now bakal tiba di dalam iOS pada tahun ini juga.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain