• Google perkenalkan laman Election untuk Pilihanraya Malaysia 2013


    29 Mac 2013 - Nampaknya bahang pilihanraya umum 2013 semakin terasa dari hari ke hari. Terkini, bersempena dengan demam pilihanraya di Malaysia, Google telah memperkenalkan Google Election untuk negara kita. Dengan adanya laman web sebegini, anda boleh mendapatkan informasi terkini berkaitan pilihanraya, parti politik serta proses penamaan calon dengan pantas dan mudah. Informasi terkini seperti berita, video serta statistik pencarian berkaitan parti politik boleh didapati di laman ini.

    Kebanyakkan video-video ini diambil daripada laman Youtube serta beberapa video Google Hangout yang dilakukan bersama pemimpin-pemimpin parti. Kebanyakkan informasi sebenarnya diambil daripada laman blog dan akhbar tempat seperti The Star Online, PerlembagaanKu dan UndiMalaysia.


    Buat masa ini, hanya 6 parti politik utama di Malaysia sahaja yang di tempatkan di dalam laman web ini termasuklah Barisan Nasional, UMNO, MCA, Keadilan, MIC, PAS, dan DAP. Sudah pasti Google Election Malaysia akan memudahkan kita untuk mendapatkan informasi dengan pantas kerana ia mengumpulkan berita-berita plihanraya di Internat ke dalam satu laman.

    Laman web Google Election Malaysia

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain