• Harga HTC One di Malaysia disahkan

    4 Mac 2013 - Telefon pintar keluaran HTC yang menjadi bualan ramai ketika MWC2013, nampaknya bakal tiba di Malaysia pada penghujung bulan April ini. Telefon terbaru yang diberi nama HTC One ini sememangnya amat berbeza daripada telefon pintar HTC yang lain kerana ia merupakan telefon keluaran HTC yang pertama menggunakan binaan asas aluminium dengan sepenuhnya. Menariknya, HTC Malaysia juga telah mengesahkan bahawa HTC One ini bakal dijual pada harga RM2,299. Harga ini sama seperti HTC Butterfly ketika kali pertama ia diperkenalkan.

    Harga yang ditawarkan ini dilihat amat munasabah jika dilihat dari segi teknologi yang digunakan di dalam telefon pintar ini. Ia merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan kamera Ultra-piksel yang mampu menghasilkan gambar yang lebih berkualiti daripada kamera 12 megapiksel biasa. Ia turut menggunakan cip pemprosesan empat teras Qualcomm Snapdragon 600, 1.7 GHz dan RAM 2GB. Walaupun ia diperkenalkan dengan saiz storan 32GB dan 64GB sewaktu pelancaran, dijangkakan pengguna di Malaysia hanya boleh memiliki versi 32GB sahaja.

    Berdasarkan perbandingan dengan telefon pintar yang ada pada masa kini, tidak dapat dinafikan HTC One merupakan telefon pintar terbaik untuk dimiliki sekarang. Namun kita tidak pasti berapa lama ia akan memegang takhta ini kerana Samsung juga bakal muncul dengan Galaxy S4 pada tahun ini. Mungkinkah juga iPhone 5S bakal mencuri perhatian kita tidak lama lagi?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain