• iPhone 5S Mungkin Hadir Dengan Pengesan Cap Jari

    12 Mac 2013 - Khabar angin terbaru telah mengandaikan bahawa iPhone 5S bakal didatangkan dengan sistem pengesanan cap jari beserta sokongan NFC. Melalui gabungan kedua-dua sistem ini, kita dijangka bakal melihat integrasi pembayaran secara mudah alih di dalam iPhone 5S tidak lama lagi. Penggunaan cap jari bakal menjadikan telefon pintar Apple ini mempunyai sistem kawalan sekuriti mudah alih yang lebih dipercayai di samping memudahkan para penggunanya.
    Sebelum ini, Apple pernah membeli Authentec bernilai USD356 juta. Authentec merupakan sebuah syarikat yang popular dalam penghasilan sistem pengesanan biometrik sebelum dibeli Apple. Jangkaan awal mengatakan sistem pengesanan buometrik ini bakal ditempatkan di bahagian bawah iPhone, berhampiran butang "Home".
    Pengenalan sistem NFC ke dalam iPhone juga dijangka bakal memberikan lebih banyak manfaat buat pengguna terutamanya bagi mereka yang gemar menggunakan Passbook. Walau bagaimanapun, ramai yang mentertawakan Apple kerana agak lewat dalam memperkenalkan teknologi NFC ke dalam telefon pintar iPhone. Namun, persoalan terpenting adalah sejauh manakah teknologi-teknologi ini digunakan oleh para pengguna dalam kehidupan seharian mereka?
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain