• iPhone plastik mungkin muncul tahun hadapan

    1 Mac 2013 - Berdasarkan perkembangan teknologi telefon pintar dan kadar penetrasinya di seluruh dunia, Apple berkemungkinan besar akan melancarkan sebuah telefon pintar yang lebih murah berbanding iPhone yang sedia ada pada masa kini. Kita telah pun disajikan dengan pelbagai khabar angin berkenaan iPhone Mini seawal penghujung Disember 2012 dan nampaknya informasi yang dikumpul semakin bertambah dari hari ke hari.

    iPhone terbaru ini dijangkakan akan bersaiz 4.5 inci dan menggunakan binaan plastik dengan sepenuhnya. Ini sememangnya amat berlainan daripada produk Apple sebelumnya kerana ia menggunakan bahan binaan asas aluminium. Jenis plastik yang digunakan dijangkakan hampir menyerupai binaan yang terdapat pada MacBook dan iBook. Dengan pertukaran bahan binaan asas ini, ia mampu menurunkan harga kos untuk penghasilan sebuah iPhone seterusnya menjadikan ia lebih murah berbanding harga iPhone yang biasa.

    Persoalannya adakah Apple sanggup menggadaikan moto untuk menghasilkan penghasilan telefon pintar yang eksklusif demi meningkatkan kadar keuntungan hasil daripada penjualan iPhone?

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain