• Jawbone UP gelang kesihatan untuk Android dan iOS

    20 Mac 2013 - Bagi mereka yang mementingkan kesihatan, anda sudah pasti akan menyukai gajet terbaru ini yang diberi nama Jawbone UP. Gelang pintar ini akan merekod kadar pembakaran kalori pada badan anda di samping menunjukkan paten waktu tidur anda sekiranya dipakai pada waktu malam. Sebenarnya Jawbone UP ini telah pun diperkenalkan buat pengguna iOS pada tahun 2011. Namun, baru-baru ini aplikasi ini sudah pun kelihatan di dalam Google Play bagi membolehkan anda menyambungkan Jawbone UP bersama telefon Android. Aplikasi ini menyokong sistem operasi Android Ice Cream Sandwich ke atas.

    Gelang pintar yang boleh dipakai 24 jam setiap masa ini bakal dipasarkan secara menyeluruh di seluruh dunia termasuk Eropah, Asia, dan Australia. Versi iOS sahaja sudah boleh didapati dalam 11 bahasa yang berlainan. Jawbone UP dijual pada harga USD129 (RM410).

    Sumber informasi : Jawbone

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain