• Leap membenarkan pengawalan komputer tanpa sentuhan

    2 Mac 2013 - Nampaknya kita bakal melihat sesuatu yang menarik tidak lama lagi apabila Leap memperkenalkan Leap Motion Controller kepada pengguna. Motion Controller yang direka ini membolehkan anda mengawal komputer Windows mahupun Mac dengan hanya menggunakan pergerakan tangan anda sahaja. Anda tidak perlu menyentuh skrin, menekan tetikus mahupun menaip di papan kekunci lagi. Ia umpama teknologi yang sering kita lihat di dalam filem Hollywood seperti Ironman dan Minority Report.

    Leap Motion Controller ini mengesan pergerakan anda melalui sebuah peranti khas yang kecil dan disambungkan kepada komputer peribadi anda tanpa sebarang sambungan wayar. Walau bagaimanapun, hanya beberapa aplikasi sahaja yang mampu digunakan bersama peranti ini. Leap akan memperkenalkan app store mereka sendiri yang diberi nama AirSpace bagi memudahkan pengguna membeli aplikasi. Antara aplikasi-aplikasi yang sedia dimuat turun dan digunakan bersama-sama Motion Controller ini adalah Autodesk, Corel's Painter, Disney Wreck-It Ralph, Sugar Rush Speedway, Cut the Rope dan banyak lagi.

    Leap telah pun memulakan sesi tempahan awal untuk peranti ini di Internet. Ia dijangkakan bakal dijual di pasaran Amerika Syarikat pada 19 Mei 2013 dengan harga USD79.99 (RM249). Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web rasmi mereka di sini.

     

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain