• Menangi Mini Cooper bersama Celcom First


    6 Mac 2013 - Celcom kini menawarkan dua buah Mini Cooper dan 31 buah Samsung Galaxy S3 Mini kepada pelanggan baru mereka bermula pada 1 Mac yang lepas sehingga 30 April. Menariknya, untuk bulan Mac ini, akan terdapat seorang pemenang setiap hari yang akan memenangi sebuah Samsung Galaxy S3 Mini di samping seorang pemenang bagi kategori Hadiah Utama (Mini Cooper). Bagi mereka yang sudah memenangi Samsung Galaxy S3 Mini, mereka tidak lagi berpeluang untuk memenangi Mini Cooper untuk bulan berkenaan. Buat masa ini, hadiah harian untuk bulan April masih lagi dirahsiakan.

    Jika anda berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda perlu membeli  sebuah telefon pintar baru bersama-sama dengan pelan Celcom First (baru atau naik taraf). Kontrak minimum adalah selama 12 bulan bagi melayakkan anda menyertainya.

    Maklumat lanjut, sila layari laman web Celcom di sini.
  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain