• Motorola X Phone bakal hadir pada bulan May?


    26 Mac 2013 - Motorola mungkin tidak popular sejak akhir-akhir ini namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang di dalam industri pembikinan telefon pintar. Baru-baru ini, kedengaran syarikat ini sedang membina sebuah telefon pintar berasaskan Android 4.2 Jellybean dengan kapasiti bateru 4,000 mAh. Telefon pintar yang digelar sebagai Motorola X Phone ini dijangka bakal diperkenalkan ketika Google I/O pada 15 Mei. 

    Menurut sumber yang dipercayai, Motorola X Phone mungkin menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 800 bersama-sama dengan skrin 4.7 inci (paparan 1280 x 768). Malah ia juga berkemungkinan mempunyai skrin Corning Gorilla Glass 3 dengan teknologi IP57. Ini bermakna, telefon pintar terbaru daripada Motorola ini akan mampu berada di dalam air selama 30 minit dengan ke dalaman 1 meter.

    Gambar di atas merupakan gambaran yang dikongsikan di dalam GSMArena baru-baru ini.

  • You might also like

Dikuasakan oleh Blogger.

Artikel Lain